Friday, September 28, 2007

Kosmo ( m/s 22)-Khamis 19 Julai 2007


BERGELUT DENGAN IMIGRAN


Di sebalik kehangatan persiapannya menjelang Sukan Olimpik 2008 yang bakal menyaksikan Beijing berubah wajah, namum imigran menjadi isu yang terus mencengkam wilayah itu :


“ Menjelang waktu siang, kawasan Guandong Dian


kelihatan begitu sesak dengan kehadiran pekerja-pekerja


asing yang keluar membeli mee di gerai-gerai”


ULASAN : Berdasarkan pada petikan di atas, jelaslah Beijing telah dibanjiri dengan pekerja-pekerja asing seperti di kawasan Guandong Dian. Perubahan gaya hidup moden, menjadi faktor penghijrahan berjuta-juta pekerja asing menetap di negara itu. Sejajar dengan perubahan kehidupan dan pembangunan bandar raya moden, pihak berkuasa tempatan Beijing mula sibuk menentukan bandar raya yang perlu diubah suai dan dibangunkan. Salah sebuah kawasan yang menjadi sasaran ialah Guandong Dian. Projek membangunkan sektor perumahan, bangunan syarikat dan pangsapuri akan memberi peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja warga imigran yang membanjiri bandar raya Beijing. Menurut pihak kerajaan Beijing, mereka tidak dapat menggambarkan bagaimana keadaan bandar raya tersebut sepanjang menjelangnya Sukan Olimpik 2008. Seperti yang diketahui, Beijing akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2008 yang akan datang. Bagi memastikan Sukan Olimpik itu berjalan dengan jayanya tanpa sebarang kecacatan, pegawai-pegawai Olimpik Beijing telah mengeluarkan kenyataan tentang pelucutan jawatan pekerja-pekerja imigran. Malah mereka telah bersumpah untuk menghapuskan pengemis dan penjaja. Ini adalah kerana mereka ingin memastikan sesakan lalu lintas serta kadar pencemaran udara sewaktu acara berprestij akan diadakan dapat dikurangkan.

No comments: